Maksud / Definisi Lengkap Pagerank

google


Definisi pagerank. Pagerank adalah satu permainan SEO dalam alam maya ini. Permainan SEO? maksud admin pagerank mempunyai hubungkait yang sangat kuat dalam SEO ini.

PAGERANK PENTING ATAU TIDAK?
Sememangnya sangat penting. Seperti apa yang d hujahkan pada mukadimah tadi bahawa pagerank merupakan satu permainan SEO. Bila sebut saja permainan mesti anda ingat ini satu game. Ya boleh dikatakan begitu juga. Sebab setiap permainan mesti ada strategi untuk menang macam bola sepak la. Begitu juga dengan pagerank ini mempunyai strategi untuk memperkukuh dan menaikkannya di mata google.

DEFINISI PAGERANK (PR)
Berdasarkan pemerhatian admin pagerank ini adalah satu penganugerahan yang diberi pada sesebuah blog berdasarkan kualiti, kepentingannya dan ciri-ciri yang lain. Google yang berhak menentukan dan memberi nilai pagerank.

KIRAAN  PAGERANK (PR)
Semakin besar sesuatu nilai pagerank,  semakin mudah  untuk blog anda berada di kedudukan yang lebih baik pada google search engine.  Jadi, nilai pagerank yang  tinggi memang mudah untuk menggodai google search engine.

BERAPAKAH NILAI MINIMUM DAN MAKSIMUM PAGERANK
Pagerank mempunyai nilai yang telah ditetapkan , iaitu dari PR0 hingga PR10 sahaja. PR0 itu adalah perkara biasa bagi sesebuah blog untuk membangun atau blog yang baru buat.  Bagi yang dapat PR10 tu dikira super expert. Macam twitter PR10.

BAGAIMANAKAH PAGERANK INI BERFUNGSI
Fungsinya mudah saja, di mana nilai pagerank itu menjadi tanda ukur kualiti pada sesebuah blog. Jadi, bila nilai tinggi senanglah untuk berada di posisi yang terbaik dalam search engine.

Contoh:-  Apabila ada dua blog yang mempunyai artikel yang serupa serta format yang sama, tetapi bilangan pagerank yang berbeza. Katakan blog A PR0 manakala blog B pagerank-nya  9, jadi di sinilah fungsinya pagerank apabila blog B dipilih untuk berada posisi yang terbaik dalam google search engine berbanding blog B. Seperti anda examlah siapa yang dapat markah tertinggi dalam exam so senang lah anda untuk dapat top 3 dalam kelas.

Sebenarnya pagerank ini adalah pengetahuan asas dalam dunia blog. Semoga pengetahuan ini dapat memanfaatkan anda.

Sebelum terlupa, anda tahu tak macam mana nak check nilai pagerank blog. Senang saja open Google , then tulis check pagerank (hehe).   

4 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. Assalammualaikum...adib,

    Terima kasih bebanyak ilmu yg dikongsikan disini..

    mselim3

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, sama-sama Tuan Mselim. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..banyak benda saya belajar di page adib.. saya implement 1-1 dr blog ini.. thanks adib..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post